Budaya Karbala berakar umbi daripada peristiwa sejarah pertempuran Karbala pada tahun 680 Masihi, di mana Husin bin Ali, cucu Nabi Muhammad SAW telah syahid. Namun, mengapa budaya Karbala yang disambut oleh penganut Syiah ini dianggap terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
1. Melampau dalam meratapi kematian
- Dalam Islam, umatnya dilarang meratapi kematian secara berlebihan. Tapi budaya Karbala, kematian disambut dengan perbuatan memukul dada, mencederakan diri dan tangisan yang melampau
2. Kultus individu dan Ghuluw (pemujaan/pengabdian melampau terhadap individu)
- Budaya Karbala mengangkat kedudukan Husin menyamai kenabian dan bersifat maksum. Turut memuja makam dan meminta pertolongan selain daripada Allah.
3. Ritual yang tiada asal-usul dalam agama
- Perarakan besar-besaran dan drama lakon semula memperingati Karbala yang tidak pernah dilakukan para Sahabat meskipun mereka juga sangat mencintai Husin.
4. Mencaci Sahabat Nabi
- Budaya ini disertakan dengan celaan dan laknat terhadap para Sahabat Nabi yang lain menjadikan Syiah sangat menyimpang dari ajaran Islam sebenar.
Justeru itu, berhati-hatilah dengan pengaruh Syiah yang semakin berleluasa ideologinya disebarkan terutamanya di media sosial. Lihat sahaja budaya Karbala yang diamalkan Syiah dipenuhi dengan ritual mencederakan diri dan pemujaan melampau. Oleh sebab itu, Malaysia telah memfatwakan ajaran Syiah terkeluar daripada landasan Islam yang syumul dan boleh membawa kepada kesesatan akidah.
Sumber: Jurnal Syariah, Jil.18(2) – Universiti Malaya

Comments
Post a Comment