DEMOKRASI & MAQASID SYARIAH: MODEL MALAYSIA TANGANI KRISIS GLOBAL


Dalam menghadapi ketidaktentuan dunia hari ini daripada konflik geopolitik, krisis ekonomi hingga ancaman sosial, pendekatan Malaysia menunjukkan satu hakikat penting iaitu sistem demokrasi tidak semestinya bercanggah dengan Islam selagi pelaksanaannya berpaksikan Maqasid Syariah.

Hal ini menunjukkan pendekatan kerajaan dalam menangani krisis ini bukan sekadar bersifat ekonomi semata-mata, tetapi jelas berpaksikan Maqasid Syariah iaitu menjaga maslahah rakyat secara menyeluruh. 

Pendekatan Malaysia dalam kerangka Maqasid Syariah:
i. Memelihara Agama (Hifz al-Din)
- Menjadi tanggungjawab pemerintah untuk melindungi rakyat, utamakan maslahah umum.
ii. Memelihara Nyawa (Hifz Nafs)
- Rakyat di akar umbi berdepan risiko inflasi yang mencabar (kenaikan harga minyak/barang). Dari perspektif Hizb Nafs, kerajaan memikul amanah besar untuk memastikan lonjakan hasil royalti, cukai petroleum dan dividen digunakan untuk menyerap tekanan kos sara hidup. 
iii. Memelihara Akal (Hifz al-Aql)
- Rakyat dituntut bertindak bijak menguruskan perbelanjaan berdasarkan keperluan sebenar. Contohnya, mengurangkan pembaziran bahan api bagi membantu kestabilan ekonomi makro secara keseluruhan.
iv. Memelihara Keturunan (Hifz al-Nasl)
- Kerajaan tegas mengekang ketirisan dan penyeludupan demi menjaga hak generasi akan datang. Pelaburan hasil minyak dalam sektor pendidikan dan infrastruktur jangka panjang adalah perlu.
v. Memelihara Harta (Hifz al-Mal)
- Menguruskan subsidi secara telus dan berintegriti kerana setiap sen keuntungan negara adalah harta awam.

Hakikatnya, krisis global ini menjadi ujian kepada model pemerintahan dan Malaysia membuktikan bahawa demokrasi bukan penghalang kepada Islam dan Maqasid Syariah boleh dilaksanakan dalam sistem moden.

Kesimpulannya, hujah-hujah ini menyangkal fahaman golongan Hizbut Tahrir yang menolak demokrasi dengan alasan ciptaan manusia dan bertentangan dengan Islam. Namun, realitinya demokrasi hanyalah alat pentadbiran, bukan akidah. Islam tidak menolak sistem, tetapi menilai isi dan pelaksanaannya. Selagi undang-undang dan dasar tidak bercanggah dengan syariah, maka ianya boleh diterima pakai. 

Sumber: Dr. Ridzwan Ahmad – Jabatan Fiqh-Usul dan Sains Gunaan -Universiti Malaya


 

Comments