PENGKHIANAT NEGARA RUNTUHKAN INTEGRITI: ANCAMAN SENYAP PEROSAK BANGSA


Pengkhianat negara bukan sekadar istilah berat, tetapi satu realiti yang boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada melalui rasuah, pembocoran maklumat, salah guna kuasa atau tindakan yang menggadaikan kepentingan negara demi keuntungan peribadi. 

Pengkhianatan tidak semestinya datang dalam bentuk peperangan atau pemberontakan. Dalam dunia moden, ia muncul secara halus melalui individu yang menyalahgunakan amanah, melindungi kegiatan haram atau membuka ruang kepada pihak tertentu mengeksploitasi kelemahan sistem. Tindakan seperti ini secara langsung melemahkan institusi negara dan merosakkan kepercayaan rakyat. Umpamanya:
i. Kartel tonto dan penguat kuasa JPJ
- Op middleman (24 FEB 2026) menahan individu termasuk anggota penguat kuasa JPJ yang didakwa menjadi kartel tonto
ii. Kartel penyeludupan Pegawai Kanan ATM
- Pegawai Kanan ATM direman kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan
iii. Kartel Imigresen 
- Pendedahan kewujudan kartel di kalangan pegawai imigresen di pintu masuk lapangan
- Op ‘Toyu’ (26 APR 2026) menahan 10 individu termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen sebagai ‘pemudah cara’ di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam 

Kesan daripada pengkhianatan ini amat serius. Ia bukan sahaja menjejaskan keadilan, malah boleh mengancam keselamatan awam, melemahkan ekonomi dan menghancurkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara. Apabila sistem tidak lagi telus, rakyat akan hilang kepercayaan dan disitulah bermulanya keruntuhan sesebuah negara.

Apa yang perlu difahami, pengkhianat negara selalunya bukan orang luar, tetapi individu dalam sistem itu sendiri. Mereka yang diberi amanah, tetapi memilih untuk mengkhianatinya. Inilah sebabnya ancaman ini jauh lebih berbahaya kerana ia berlaku dari dalam, secara senyap dan berterusan.

Kesimpulannya, pengkhianatan negara bukan sekadar jenayah, ia adalah racun yang menghakis kekuatan sesebuah negara dari dalam. Jika tidak dibendung, ia mampu meruntuhkan bukan sahaja sistem, tetapi masa depan negara itu sendiri.

Sumber: Berita Harian – FEB 2026


 

Comments