Dalam strategi ketenteraan moden, Iran dikenali dengan satu pendekatan unik yang digelar “Mosaic Defence”. Taktik ini dibangunkan bagi memastikan negara itu mampu mempertahankan kedaulatannya walaupun berdepan tekanan dan ancaman kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Israel.
Konsep “Mosaic Defence” bermaksud sistem pertahanan tidak tertumpu di satu pusat sahaja, sebaliknya struktur arahan (command and control) dipecahkan dan disebarkan ke banyak unit di seluruh negara. Ini menjadikan sistem pertahanan Iran lebih sukar dilumpuhkan jika berlaku serangan terhadap pusat pentadbiran atau ibu negara.
Strategi ini juga dianggap sebagai “endurance game” iaitu permainan ketahanan jangka panjang. Iran tidak bergantung kepada taktik perang konvensional yang sering digunakan oleh kuasa Barat, tetapi sebaliknya menggunakan pendekatan perang berlapis, desentralisasi dan mobiliti tinggi bagi melemahkan musuh secara berperingkat.
Iranian Army & IRGC Strategi Ampuh Iran
Berbeza dengan kebanyakan negara yang mempunyai satu struktur angkatan tentera utama, Iran mempunyai dua komponen ketenteraan utama, iaitu:
i. Iranian Army (Artesh) – bertanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman luar dan menjaga sempadan.
ii. Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC) – berperanan mempertahankan sistem revolusi dan ideologi negara.
Menariknya, kedua-dua struktur ini mempunyai cabang tentera masing-masing termasuk angkatan darat, udara dan laut, menjadikan pertahanan Iran lebih berlapis dan fleksibel. Di bawah IRGC, terdapat beberapa pasukan penting seperti:
i. Basij – pasukan sukarelawan rakyat yang boleh digerakkan dalam situasi krisis.
ii. Aerospace Force – bertanggungjawab terhadap peluru berpandu dan pertahanan udara.
iii. Quds Force – unit operasi khas luar negara.
iv. Ground Forces – pasukan darat IRGC.
v. IRGC Navy – unit laut yang terkenal dengan taktik perang asimetri di Teluk Parsi.
Dengan struktur yang berpecah tetapi saling menyokong ini, Iran membina sistem pertahanan yang sukar dilemahkan sepenuhnya oleh serangan konvensional.
Kesimpulannya, dalam geopolitik moden, kekuatan sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada teknologi atau jumlah senjata, tetapi juga strategi, struktur organisasi dan keupayaan bertahan dalam jangka panjang.
Oleh sebab itu, konsep “Mosaic Defence” sering dianggap antara strategi utama yang menjadikan Iran lebih sukar ditewaskan walaupun berdepan tekanan kuasa besar dunia.
Sumber: tiktok @ahmadfaezal4

Comments
Post a Comment