“Tak percaya Tuhan pun boleh jadi orang baik…” Ayat ni makin biasa kita dengar. Nampak ringan, tetapi hakikatnya ini tanda sesuatu yang lebih besar sedang berlaku.
Ateisme kini bukan lagi isu asing. Ianya telah pun menyusup perlahan dalam kalangan Melayu-Islam. Bukan dengan cara keras, tapi melalui konten santai, meme & humor, mahupun naratif “kebebasan berfikir”, tanpa sedar ia mula normal dalam pemikiran anak muda.
Menurut laporan, telah didedahkan wujud kelompok ateis Melayu-Islam yang aktif di media sosial. Mereka berkongsi pandangan secara terbuka, bergerak dalam komuniti tertutup dan menggunakan pendekatan “lembut” supaya nampak rasional. Lama-kelamaan yang salah mula nampak biasa, mula menjadi normalisasi.
Pengaruh ateisme dianggap bahaya kerana ini bukan sekadar “berbeza pendapat”, bila Tuhan mula dipersoal, iman jadi rapuh, baik dan buruk jadi relatif, identiti muslim makin kabur. Akhirnya, manusia tentukan sendiri moral, bukan lagi berpandukan wahyu dan di situlah bermulanya kerosakan yang lebih besar.
Realiti yang kita kena terima adalah ancaman hari ini bukan lagi semata-mata fizikal, ia adalah perang pemikiran. Kalau kita lemah ilmu, mudah terpengaruh dan mengambil ringan isu akidah, kita sebenarnya sedang membuka ruang kepada kehancuran dari dalam.
Justeru itu, umat Islam haruslah kuatkan ilmu akidah, jangan telan bulat-bulat sesuatu perkara yang didapati melalui media sosial, dekati anak muda dengan hikmah, bukan kecaman dan peranan keluarga serta masyarakat perlu dihidupkan semula.
Ateisme tidak datang secara tiba-tiba, ia datang perlahan sampai kita rasa ia “normal”. Apabila yang salah mula diterima, itulah tanda akidah sedang retak tanpa kita sedar.
Sumber: Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 24(2) - UniSZA
.jpeg)
Comments
Post a Comment