SERAMBI MEKAH TERCALAR? ANCAMAN LIBERALISME DALAM ISU SOSIAL DI KELANTAN

 


Peningkatan kes sosial melibatkan warga asing di Kelantan menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat. Laporan menunjukkan berlakunya peningkatan kes jenayah seperti mencuri, pecah rumah dan aktiviti tidak bermoral yang semakin ketara sejak kebelakangan ini . Lebih membimbangkan, negeri yang sinonim sebagai “Serambi Mekah” kini turut dikaitkan dengan kewujudan aktiviti tidak sihat seperti GRO, sekali gus mencetuskan persoalan tentang perubahan nilai dan kawalan sosial dalam masyarakat.

Fenomena ini tidak boleh dilihat semata-mata sebagai isu kehadiran warga asing, tetapi perlu dianalisis dari sudut pengaruh pemikiran liberal yang semakin menular. Fahaman liberal yang menekankan kebebasan tanpa batas sering kali membuka ruang kepada normalisasi maksiat dan gaya hidup bertentangan dengan syariat. Apabila nilai agama tidak lagi menjadi asas utama dalam mengawal tingkah laku, maka berlakulah hakisan identiti masyarakat Islam, termasuk di negeri yang sebelum ini terkenal dengan kekuatan agama dan budaya Islam.

Justeru itu, umat Islam perlu segera mengambil iktibar dan memperkukuhkan jati diri berteraskan akidah serta syariah. Isu ini bukan sekadar soal keselamatan sosial, tetapi juga ancaman terhadap pegangan agama dan masa depan generasi akan datang. Kesedaran, pendidikan agama serta penguatkuasaan undang-undang yang tegas amat penting bagi mengekang pengaruh liberal yang semakin membarah agar identiti Islam terus terpelihara.

Sumber: Bernama - MEI 2026


Comments