SYIAH BUKAN MAZHAB KE-5 DALAM ISLAM!!! JANGAN KELIRU ANTARA MAZHAB DAN AKIDAH

 


Mutakhir ini timbul semula naratif yang cuba menyamakan Sunni dan Syiah atas nama perpaduan umat. Malah ada yang memetik seruan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan, mengenai kesatuan umat Islam, lalu disokong oleh beberapa penulis atau figura di Malaysia yang menganggap Sunni dan Syiah hanyalah perbezaan mazhab semata-mata.

Hakikatnya, umat Islam perlu faham bahawa mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar hanyalah empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Perbezaan antara mazhab ini hanyalah dalam perkara furu’ seperti cara solat, hukum fiqh dan cabang ibadah, bukan pada asas akidah.

Syiah pula bukan sekadar mazhab fiqh. Ia melibatkan pegangan akidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya:
Mencaci dan merendahkan para sahabat Nabi SAW. 
Menuduh sebahagian sahabat berpaling tadah selepas kewafatan Rasulullah SAW. 
Mengangkat imam tertentu sehingga ada yang meletakkan mereka maksum. 
Menolak atau mempertikaikan hadis-hadis yang diterima majoriti umat Islam. 
Mengamalkan konsep taqiyyah secara melampau dalam agama. 

Sebab itu para ulama sejak dahulu membezakan antara perbezaan mazhab dengan penyelewengan akidah dan sebab itu juga Malaysia turut mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Adapun golongan Salafi atau yang sering dilabel “Wahabi”, mereka masih berada dalam lingkungan Islam dan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana perbezaan mereka lebih banyak pada isu cabang dan pendekatan dakwah, bukan pada asas akidah Islam.

Justeru, menyamakan Sunni dan Syiah sebagai sekadar “perbezaan mazhab” adalah satu kekeliruan besar. Perpaduan umat penting, tetapi ia mesti dibina atas dasar akidah yang sahih dan berpandukan al-Quran serta sunnah menurut kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Sinar Harian: al-Quran – Sunni, Syiah Ibadiyah – 19 MEI 2026


Comments