TOLAK DEMOKRASI, SERUAN KHILAFAH APA AGENDA SEBENAR HIZBUT TAHRIR?


Pertubuhan Hizbut Tahrir adalah satu pertubuhan bukan sekadar bermotifkan politik, tetapi untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di dunia khususnya bagi negara-negara di bawah pemerintahan Muslim termasuklah Malaysia. 

Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) cuba menyebarkan fahaman dan menghasut masyarakat agar menolak sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia kerana mendakwa ianya bersifat sekular dan wajib ditukar dengan sistem pemerintahan Islam berkhalifah.

Bagi tujuan mengambil alih pemerintahan negara, mereka menggunakan pihak-pihak yang berkuasa dalam negara seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada mereka yang mana mereka namakan pendekatan tersebut sebagai “tolabun nusroh” yang bermaksud memohon kemenangan dan seterusnya membentuk kerajaan berkhalifah yang dipimpin oleh seorang khalifah Islam. 

Zaman digital turut memudahkan lagi sebaran ideologi Hizbut Tahrir yang telah diwartakan pengharamannya di beberapa negeri di Malaysia kerana prinsip dan pegangan akidah yang menyeleweng dan bercanggah dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umpamanya, pada 14 MEI 2026 terdapat sebaran sebuah poster di media sosial berkenaan ‘Seruan Kebangkitan Umat – Kibarkan Panji Rasulullah SAW ar-Rayah (panji hitam) & al-Liwa’ (panji putih). 

Justeru itu, umat Islam jangan terpengaruh dan perlu menepis segala ideologi yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Hizbut Tahrir yang: 
i. Menghukum orang yang meninggal dunia tanpa bai’ah (memberi perjanjian setia) kepada seorang khalifah sebagai mati jahiliyah  
ii. Mendakwa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur
iii. Negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur

Sumber: Berita Tentera Darat Malaysia dan https://www.facebook.com/share/p/19DG4wHLWp/


 

Comments