WESAK & GAWAI MENYATUKAN MALAYSIA
Ketika ini kita menyaksikan Malaysia meraikan dua perayaan penting iaitu Hari Wesak dan Hari Gawai. Simbol jelas kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas kekuatan negara. Di saat penganut Buddha memperingati nilai kedamaian, manakala masyarakat Dayak di Sarawak mensyukuri hasil tuaian, seluruh rakyat Malaysia diingatkan bahawa perbezaan bukanlah jurang pemisah, sebaliknya jambatan yang menghubungkan kita sebagai satu bangsa.
Keharmonian yang dikecapi hari ini bukan datang secara kebetulan, tetapi hasil toleransi, saling menghormati dan kesediaan untuk memahami antara satu sama lain. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, setiap individu memainkan peranan penting untuk memastikan sensitiviti agama dan budaya terus dipelihara. Kajian terkini menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum merupakan asas penting dalam menjamin kestabilan dan kemajuan negara dengan elemen seperti keadilan sosial dan inklusiviti menjadi teras utama dalam membina masyarakat harmoni.
Justeru itu, sambutan serentak ini wajar dijadikan momentum untuk memperkukuh semangat kebersamaan. Rakyat Malaysia perlu terus menolak perpecahan dan memperkukuh nilai hormat, ihsan dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian. Keharmonian bukan sekadar slogan, tetapi tanggungjawab bersama kerana masa depan negara bergantung kepada sejauh mana kita mampu hidup dalam damai walaupun berbeza.
Sumber: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Comments
Post a Comment