ROHINGYA DI MALAYSIA : ANTARA SIMPATI & KEDAULATAN YANG TERGUGAT

 

Malaysia sejak sekian lama menerima etnik Rohingya atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, terutama apabila mereka melarikan diri daripada penindasan di Myanmar. Namun, realiti hari ini menunjukkan isu ini semakin kompleks apabila jumlah kehadiran meningkat dan menimbulkan tekanan terhadap kemudahan awam, peluang pekerjaan serta sistem sosial negara. Malah, satu petisyen untuk menghantar pulang Rohingya telah meraih lebih 195,000 sokongan rakyat mencerminkan kebimbangan yang semakin meluas dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama, beberapa insiden jenayah dan isu sosial yang dikaitkan dengan individu Rohingya turut mencetuskan keresahan awam. Walaupun tidak semua terlibat, persepsi negatif mula terbentuk dan memberi kesan kepada keharmonian masyarakat. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalangan mereka hidup tanpa dokumen sah, sekali gus menyukarkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa. Malah ada kelompok yang mula meminta hak sama rata.

Hakikatnya, bantuan kemanusiaan bukan tiket untuk menuntut kewarganegaraan atau penempatan kekal di Malaysia. Isu Rohingya perlu dilihat secara seimbang iaitu antara nilai kemanusiaan dan keperluan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara. Simpati itu penting, tetapi tanggungjawab kerajaan adalah melindungi rakyat dan memastikan kestabilan negara terus terpelihara.


Comments