SOLAT NO.1, BOLA NO.2: IKTIBAR DARI PENTAS PIALA DUNIA FIFA

 


Di tengah kehangatan saingan Piala Dunia FIFA, muncul satu mesej yang cukup menyentuh hati apabila jurulatih Pasukan Kebangsaan Senegal menegaskan bahawa mereka tidak takut kepada tekanan perlawanan, tetapi lebih takut kepada Allah SWT. Kenyataan ini bukan sekadar kata-kata, bahkan dibuktikan apabila pemain tetap menjaga solat walau di pentas terbesar dunia. Ini menunjukkan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya kemenangan, tetapi ketaatan kepada Allah SWT.

Dalam kesibukan latihan dan jadual perlawanan, mereka tetap mengutamakan ibadah. Ini membuktikan bahawa alasan “sibuk” tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk solat. Jika pemain bola sepak di pentas dunia mampu menjaga kewajipan, umat Islam dalam kehidupan harian sudah tentu mampu melaksanakannya.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nisa’, 4:103). Ayat ini jelas menegaskan bahawa solat tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Justeru itu, jadikan kisah ini sebagai peringatan. Dunia boleh dikejar, tetapi akhirat jangan diabaikan.


Comments