Krisis geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran masih berlarutan apabila Donald Trump berdepan sekatan dalaman selepas Kongres meluluskan resolusi mengehadkan kuasa beliau untuk meneruskan operasi ketenteraan. Langkah ini menjadi isyarat jelas bahawa tindakan agresif tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa kelulusan badan perundangan, sekali gus menunjukkan sistem semak dan imbang masih berfungsi.
Namun, baru-baru ini kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menghentikan konflik serta membuka semula laluan strategik Selat Hormuz. Perkembangan ini dilihat sebagai kejayaan diplomasi antarabangsa yang berjaya mengurangkan risiko tercetusnya peperangan berskala besar di Timur Tengah.
Walau bagaimanapun, negara tidak boleh mengambil mudah terhadap sebarang kemungkinan perubahan landskap keselamatan antarabangsa. Kesiapsiagaan dalam aspek pertahanan, keselamatan siber, risikan serta diplomasi berkecuali perlu terus diperkukuh bagi memastikan kepentingan nasional sentiasa terpelihara. Dalam dunia yang semakin kompleks dan tidak menentu, keupayaan Malaysia untuk bertindak secara pragmatik dan berhemah akan menjadi aset penting dalam menghadapi sebarang cabaran geopolitik pada masa hadapan.

Comments
Post a Comment