Bila kerosakan dah berlaku, baru nak bertindak, sedarlah ianya sudah terlambat.
Itulah realiti hari ini. Timbalan Ketua Polis Negara sendiri menegaskan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara mekanisme paling berkesan untuk mengekang ancaman seperti ajaran sesat dan ekstremis pelampau. Hakikatnya, ancaman sekarang bukan lagi terang-terangan, tetapi ia menyelinap melalui media sosial, kumpulan tertutup, dan “guru” yang nampak meyakinkan tapi memesongkan.
Persoalannya, adakah undang-undang sedia ada cukup pantas untuk bertindak sebelum ramai jadi mangsa? Atau kita masih tunggu bukti kukuh dahulu, sedangkan kerosakan akidah dan pemikiran radikal sudah merebak? Mungkin sudah tiba masa pembuat dasar fikir semula pendekatan lebih tegas, bukan untuk menindas, tetapi untuk mencegah sebelum parah.
Dalam masa sama, masyarakat juga jangan leka. Jangan telan bulat-bulat semua “ilmu” di internet. Semak kesahihan maklumat dan berani lapor jika ada yang mencurigakan. Kalau kita diam, mereka akan terus menyebar.
Jangan tunggu sampai terlambat.

Comments
Post a Comment