Berita tentang pelakon daripada Breaking Bad yang memeluk Islam di Arab Saudi membuktikan satu perkara bahawa hidayah bukan milik sesiapa, tetapi milik Allah SWT. Walau datang dari dunia hiburan Barat, akhirnya dia menemukan ketenangan dalam tauhid. Ini mengingatkan kita bahawa fitrah manusia tetap mencari makna hidup, walau sejauh mana seseorang menjauh.
Sebaliknya golongan ateis, penolakan terhadap Tuhan sering lahir daripada kekeliruan atau pengalaman, bukan kerana Tuhan itu tiada. Dalam diam, manusia tetap mencari jawapan tentang tujuan hidup. Allah SWT berfirman: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami…” (Surah Fussilat: 53).
Jangan tutup pintu hati terlalu awal. Kebenaran tidak memaksa, tetapi menunggu untuk dicari. Jika orang lain boleh menemui jalan pulang, kita juga tidak terkecuali kerana hidayah sentiasa terbuka bagi yang mahu mencari.

Comments
Post a Comment