“Shopee Pay Later” (SPayLater) kini menjadi antara pilihan popular dalam kalangan pengguna kerana kemudahannya iaitu beli barang hari ini, bayar kemudian sama ada secara penuh atau ansuran. Tanpa perlu kad kredit, ramai melihatnya sebagai solusi cepat untuk memenuhi keperluan harian. Namun begitu, persoalan utama yang timbul dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam ialah, adakah kaedah ini patuh syariah atau sebaliknya?
Pada asasnya, konsep “beli dulu bayar kemudian” ini melibatkan hutang. Dalam Islam, setiap hutang yang dikenakan lebihan bayaran berpotensi mengandungi unsur riba. Walau bagaimanapun, terdapat penambahbaikan dalam struktur SPayLater yang dikatakan lebih selari dengan garis panduan syariah, termasuk penghapusan elemen faedah lewat bayar tertentu dan pendekatan caj yang lebih terkawal. Perkara ini menjadikan penggunaannya lebih hampir kepada konsep yang dibenarkan, namun masih memerlukan penelitian dan kefahaman.
Kesimpulannya, penggunaan SPayLater adalah harus selagi tiada unsur riba dan mematuhi prinsip syariah. Namun, sebagai pengguna, kita perlu bijak dan berdisiplin dalam berhutang. Jangan jadikan kemudahan ini sebagai alasan untuk berbelanja tanpa kawalan. Ingat, setiap sen yang dibelanjakan bukan sahaja akan dipersoalkan di dunia, malah di akhirat juga.

Comments
Post a Comment