JANGAN CABAR MALAYSIA!!! DAKWAAN WARGA ISRAEL 'MENYELINAP' DI JOHOR CETUS KEBIMBANGAN

 


Network School jadi tempat sembunyi? 

Dakwaan kewujudan warga Israel yang dipercayai berada di komuniti “Network School” di Forest City, Johor kini mencetuskan kegusaran rakyat. Isu ini tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri serta agensi keselamatan. Walaupun siasatan masih dijalankan dan belum ada pengesahan muktamad, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal keselamatan serta kedaulatan negara.

Malaysia sejak sekian lama berpegang teguh kepada prinsip tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin. Ini bukan sekadar dasar luar, tetapi pendirian moral dan kemanusiaan negara. Justeru, sebarang cubaan untuk menyusup masuk, lebih-lebih lagi melalui identiti atau laluan yang meragukan, wajib disiasat secara tegas. Jangan sesekali beri ruang kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan di bumi Malaysia.

Dalam masa yang sama, rakyat perlu kekal berwaspada tanpa terjebak menyebarkan maklumat tidak sahih. Amalkan prinsip tabayyun, semak sebelum sebar. Namun, kewaspadaan itu penting. Kedaulatan negara bukan sekadar tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi amanah bersama seluruh rakyat. Jika benar ada cubaan ‘menyelinap’, mesejnya jelas, jangan cabar Malaysia.


Comments