Suasana diambang Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan bagaimana isu agama dan institusi raja dijadikan bahan dalam naratif politik untuk meraih sokongan. Apabila perkara sensitif seperti ini disentuh tanpa konteks yang adil, ia mudah membangkitkan emosi dan ketakutan dalam kalangan rakyat. Akhirnya, masyarakat bukan lagi menilai berdasarkan fakta, tetapi dipandu oleh persepsi yang dibentuk melalui sentimen.
Dalam konteks Malaysia, agama dan institusi raja adalah tunjang penting yang dilindungi Perlembagaan. Namun apabila ia dipolitikkan, risiko perpecahan menjadi semakin nyata. Sentimen yang dimainkan boleh mencetuskan salah faham antara kaum dan agama, malah membuka ruang kepada ketegangan yang menggugat keharmonian negara. Politik sepatutnya membawa penyelesaian, bukan menyalakan api perbezaan.
Kesedaran rakyat amat penting dalam menghadapi situasi ini. Jangan mudah terpengaruh dengan naratif yang membakar emosi tanpa asas yang jelas. Nilai setiap maklumat secara matang dan bertanggungjawab. Negara hanya akan kekal aman jika rakyatnya bijak menilai, bukan terjerat dalam permainan sentimen yang akhirnya memudaratkan semua pihak dan mencetuskan ancaman pada keharmonian negara.

Comments
Post a Comment