Ajaran yang dibawa oleh Muhammad Qasim semakin tular apabila mendakwa menerima petunjuk melalui mimpi tentang akhir zaman serta peranan dirinya dalam kebangkitan Islam. Dakwaan ini sangat berbahaya kerana dalam Islam, wahyu telah terhenti selepas Nabi Muhammad SAW dan mimpi tidak boleh dijadikan sumber agama.
Ideologi Muhammad Qasim ini menjadikan mimpi sebagai asas kepercayaan, termasuk ramalan masa depan dan tafsiran peristiwa dunia. Ini jelas menyeleweng kerana ia membuka ruang kepada penafsiran bebas tanpa sandaran al-Quran dan hadis yang sahih. Islam tidak pernah mengiktiraf mimpi sebagai sumber hukum atau akidah.
Justeru itu, umat Islam perlu berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan luar biasa seperti ini. Amalkan “tabayyun” dan rujuk sumber yang sahih sebelum mempercayai sesuatu ajaran. Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama kami yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.” (HR Bukhari & Muslim).

Comments
Post a Comment