Tular lagi gerakan sesat “The Ahmadi Religion of Peace and Light” yang dipimpin oleh Abdullah Hashem Aba Al Sadiq. Pengikutnya mendakwa beliau sebagai “pengganti Allah di bumi” dan kononnya sesiapa yang mengikutinya akan menjadi hamba Allah sebenar. Ini bukan sekadar salah, ini penyelewengan akidah yang sangat berbahaya kerana mengangkat manusia ke tahap melampau batas syariat.
Allah SWT telah menegaskan dalam Surah Al-Ahzab ayat 40 bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penutup segala nabi. Tiada lagi utusan, wakil khas Tuhan atau manusia yang boleh diangkat ke tahap sedemikian. Dakwaan seperti ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Jangan mudah terpedaya dengan istilah agama, emosi dan janji “cahaya kebenaran”. Semak, rujuk JAKIM dan ulama muktabar. Jaga akidah kita kerana bila tersasar, kesannya bukan kecil, tetapi boleh merosakkan iman tanpa kita sedar. Pihak berkuasa dan MCMC juga perlu mainkan peranan menyekat akaun-akaun berkaitan kerana tanpa sedar disitulah segalanya bermula.

Comments
Post a Comment