BERBALOI KE CEPAT KAYA JIKA AKHIRNYA HIDUP MUSNAH?

 


Kes rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana seludup dadah makin menjadi-jadi. Dari orang biasa sampai yang berjawatan, semuanya sanggup ambil risiko demi cepat kaya. Ini bukan lagi cerita “terpedaya”, ini pilihan sedar untuk terlibat dalam jenayah yang boleh hancurkan hidup sendiri dan orang lain.


Jangan salahkan sindiket semata-mata. Ya, mereka sememangnya wujud. Tapi yang angkat beg, yang bawa masuk dadah, yang langgar undang-undang itu keputusan sendiri. Sekali terjebak, anda bukan mangsa, anda penyeludup. Dan setiap gram dadah yang dibawa, ada nyawa yang bakal rosak kerananya.


Ini amaran keras, negara luar tidak berkompromi. Penjara puluhan tahun, hukuman mati itu realiti, bukan cerita dongeng. Fikir panjang sebelum pilih jalan gelap ini. Kaya mungkin cepat, tapi kehancuran lagi cepat. Bila besi gari dah di tangan, baru nak menyesal, semuanya sudah terlambat. Renung-renungkan.

Comments