JALUR GEMILANG BUKAN SEKADAR HIASAN


Setiap kali tibanya bulan kemerdekaan, Jalur Gemilang dikibarkan sebagai simbol cinta kepada negara. Namun, masih ramai yang tidak peka tentang cara pengibaran yang betul. Kesilapan seperti menggantung bendera secara terbalik, menggunakan saiz tidak sesuai atau menyambung bendera secara menegak menunjukkan kurangnya kesedaran terhadap etika menghormati lambang negara.

Penggunaan Jalur Gemilang sebenarnya mempunyai garis panduan jelas. Bendera tidak boleh digantung seperti “flagline” dalam bentuk menegak atau segitiga dan tidak boleh disambung secara berlebihan kecuali dalam kedudukan melintang. Selain itu, bendera juga tidak boleh dipasang secara terbalik kerana ia mencerminkan kecuaian yang boleh menjejaskan imej patriotisme rakyat Malaysia.

Kesedaran ini perlu dipupuk dalam setiap lapisan masyarakat. Menghormati Jalur Gemilang bukan sekadar ikut trend bermusim, tetapi tanda kita menghargai sejarah dan pengorbanan negara. Ayuh, kibarkan bendera dengan cara yang betul kerana setiap helaian Jalur Gemilang membawa maruah Malaysia. 


#Merdeka69 #JalurGemilang #Negaraku #Malaysia #31081957

Comments