Tular satu insiden di Indonesia apabila sebuah acara muzik menawarkan hadiah minuman beralkohol kepada pengunjung yang mampu membaca Surah Ad-Dhuha. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai kerana jelas menyentuh sensitiviti umat Islam. Apa yang berlaku ini bukan sekadar isu “promosi melampau”, tetapi menunjukkan bagaimana nilai agama boleh dipermainkan jika tiada garis panduan dan rasa hormat.
Sebagai masyarakat Malaysia yang hidup dalam negara berbilang agama, kita perlu lebih matang dalam memahami batas. Kebebasan berkreativiti atau berniaga tidak bermaksud semua perkara boleh dijadikan bahan “marketing”, apatah lagi melibatkan kitab suci dan ibadah sesebuah agama. Hormat-menghormati antara agama bukan pilihan, tetapi asas kepada keharmonian negara. Bila satu pihak tersinggung, kesannya boleh merebak menjadi konflik yang lebih besar.
Ambil iktibar dari isu ini. Jangan normalisasikan perkara yang mencampur adukkan agama dengan hiburan atau komersial secara tidak sensitif. Penganjur, syarikat dan masyarakat perlu lebih peka sebelum sesuatu idea dilaksanakan. Malaysia kuat kerana kepelbagaian. Jaga sensitiviti, jaga perpaduan. Jangan sampai perkara kecil jadi api besar.
#SensitivitiAgama #Jakarta #Akidah #KesucianAlQuran #HentikanNormalisasi

Comments
Post a Comment