Sekarang ada taktik baru yang orang ramai kena tahu. Ada individu datang ke rumah dan kata mereka sedang mencari telefon yang hilang menggunakan aplikasi seperti “My Find”. Mereka akan tunjuk seolah-olah telefon itu berada di kawasan rumah kita, lalu mula bertanya dan bersembang.
Sebenarnya, itu cuma helah untuk tengok keadaan rumah dan kumpul maklumat. Tanpa sedar, kita mungkin terdedah cerita siapa yang tinggal di rumah, bila keluar masuk dan tahap keselamatan rumah. Sudah ada kes yang dilaporkan berkait modus operandi sebegini, rumah tersebut jadi sasaran rompak kemudian hari.
Jadi, kita semua kena lebih berhati-hati terutama suri rumah, ibu bapa dan anak-anak. Jangan mudah percaya orang yang tak dikenali datang ke rumah. Elakkan berkongsi maklumat peribadi dan kalau rasa mencurigakan terus hubungi pihak berkuasa. Lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal kemudian hari.

Comments
Post a Comment