Fenomena jerebu kembali melanda negara apabila beberapa kawasan di Sarawak serta Selangor mencatatkan IPU tidak sihat iaitu melebihi 100. Keadaan ini menunjukkan kualiti udara semakin merosot dan boleh memberi kesan serius kepada rakyat.
Jerebu bukan sekadar isu alam sekitar, tetapi ancaman langsung kepada kesihatan rakyat. Kesannya bukan hanya mengganggu penglihatan, malah memberi risiko kesihatan seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas dan memburukkan penyakit seperti asma. Golongan berisiko perlu kurangkan aktiviti luar, pakai pelitup muka dan kerap pantau bacaan IPU.
Rakyat Malaysia perlu lebih peka dan bertanggungjawab dengan mengelakkan pembakaran terbuka serta menjaga kesihatan diri. Jika diabaikan, jerebu boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan dan kesejahteraan negara.
#Jerebu #JerebuSarawak #JerebuSelangor #JagaKesihatan #PakaiPelitupMuka

Comments
Post a Comment