KUCING DITINGGALKAN DI TENGAH PULAU: HIDUP TERPERANGKAP AKIBAT KEKEJAMAN MANUSIA

 


Isu kucing-kucing yang ditinggalkan di tengah Pulau Ketam dan tidak mampu bergerak ke mana-mana untuk mencari makanan kini tular di media sosial. Keadaan ini menyebabkan haiwan-haiwan tersebut terperangkap dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan manusia untuk terus hidup. Difahamkan, seorang individu yang kebetulan sedang memancing di kawasan itu menyedari keadaan kucing-kucing tersebut lalu bertindak memberi bantuan awal sebelum perkara ini dikongsikan bagi mendapatkan sokongan orang ramai.

Kes sebegini bukanlah perkara terpencil. Terdapat banyak laporan sebelum ini yang menunjukkan haiwan seperti kucing sering menjadi mangsa kecuaian manusia, termasuk cedera akibat persekitaran yang tidak selamat atau dibuang tanpa belas ihsan. Perbuatan mengabaikan atau menyakiti haiwan bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT: “Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya’, ayat 107). Ayat ini mengingatkan bahawa kasih sayang itu meliputi semua makhluk, termasuk haiwan.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar lebih peka dan bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan. Jika tidak mampu membantu sepenuhnya, cukup dengan memberi makanan atau melaporkan kepada pihak berwajib. Ingatlah, setiap makhluk bernyawa berhak hidup tanpa diseksa. Jangan kerana sikap tidak peduli, haiwan-haiwan ini terus menderita dalam diam.

#KucingPulauKetam #OpsSelamatKucing #DosaAniayaHaiwan #KeluargaKucin


Comments