NARATIF ‘ISLAM TERPINGGIR’ HANYA MITOS, REALITI BERBEZA

 


Dakwaan kononnya Islam semakin terpinggir di Malaysia adalah tidak berasas dan lebih bersifat persepsi yang mengelirukan. Hakikatnya, pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, selaras dengan Perlembagaan. Naratif negatif seperti ini wajar diteliti secara rasional agar tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pelaksanaan pelbagai inisiatif dalam sektor agama, termasuk peruntukan besar untuk hal ehwal Islam, program dakwah, pendidikan serta kebajikan umat, membuktikan komitmen berterusan dalam memartabatkan Islam. Usaha ini bukan sahaja memperkukuh institusi agama, malah memastikan pembangunan Islam berjalan seiring dengan keperluan semasa masyarakat.

Sehubungan itu, masyarakat perlu lebih bijak menilai maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif yang tidak tepat. Kefahaman yang jelas serta perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting bagi memastikan kedudukan Islam terus terpelihara dalam suasana harmoni dan sejahtera di negara ini.

#MalaysiaMadani #IsuSemasa #YADIM #JAKIM #Islam


Comments