Pelbagai spekulasi berkaitan kedudukan kewangan dan pengurusan Tabung Haji kembali hangat sejak kebelakangan ini. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan adalah bagi menyiasat penyelewengan dan salah laku yang dibuat di dalam organisasi tersebut. Namun, Tabung Haji masih beroperasi seperti biasa dan urusan perjalanan ibadah Haji masih di tahap yang amat membanggakan di seantero dunia.
Sebagai pendeposit, kita perlu kekal rasional. Keputusan kewangan bukan dibuat berdasarkan khabar angin atau sentimen semasa. Sistem kewangan seperti Tabung Haji mempunyai mekanisme pemantauan dan kawal selia yang tersendiri. RCI yang ditubuhkan juga telah memberikan syor dan cadangan untuk baik pulih tadbir urus yang lemah sebelum ini.
Ingat, bertindak kerana sesuatu yang tidak pasti boleh membawa kerugian kepada diri sendiri. Semak maklumat daripada sumber rasmi, nilai dengan tenang dan elakkan membuat keputusan tergesa-gesa seperti mengeluarkan wang simpanan dari akaun Tabung Haji. Keyakinan dan kestabilan lebih penting daripada reaksi emosi, apatah lagi bila melibatkan amanah besar umat Islam untuk menunaikan rukun Islam kelima.
#RCITabungHaji #TabungHaji #TadbirUrusTH #SimpananUmatIslam

Comments
Post a Comment