Kadang kita nampak aksi rempit atas jalan ada yang sedang “wheelie”, “wikang”, cilok sana sini, ekzos kuat, laju macam tidak fikir apa. Kawan bersorak dengan aksi yang ditunjukkan, video aksi dapat banyak “like”, jadi diri mat rempit terasa hebat.
Tetapi apa yang orang tidak nampak, ada mak ayah yang menunggu di rumah. Ada pasangan yang berharap kepulangannya dalam keadaan selamat. Ada anak-anak yang perlukan kasih sayang menunggu penuh setia di muka pintu.
Satu kesilapan kecil atas jalan raya boleh ubah seluruh hidup. Bagi anda yang rasa dirinya ‘mat rempit’ mungkin sekadar seronok seketika. Tetapi ingatlah bahawa bagi keluarga, kehilangan itu boleh jadi derita yang panjang.
Allah SWT mengingatkan dalam Surah al-Nisa’, ayat 29: “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri! Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”. Jalan raya bukan tempat untuk uji keberanian. Minat motosikal bukan salah, tapi jangan biarkan ego mengatasi nyawa. Bawalah dengan akal. Ingat orang yang sedang menunggu kepulangan kita kerana di rumah ada hati yang sentiasa mendoakan kita selamat.

Comments
Post a Comment