Insiden keganasan yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di selatan Thailand baru-baru ini menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya kepada rakyat Malaysia. Situasi yang tidak stabil ini wajar diberi perhatian serius oleh orang ramai sebelum membuat sebarang perancangan perjalanan ke luar negara.
Lebih-lebih lagi, musim cuti sekolah yang dijangka bermula 28 haribulan Ogos ini akan menyaksikan peningkatan pergerakan keluarga untuk bercuti. Thailand sering menjadi pilihan kerana jarak yang dekat dan kos yang berpatutan, namun dalam keadaan semasa, faktor keselamatan perlu diutamakan berbanding percutian.
Orang ramai disarankan menangguhkan dahulu rancangan ke kawasan berisiko dan mempertimbangkan destinasi dalam negara yang lebih selamat. Malaysia sendiri mempunyai banyak lokasi pelancongan menarik untuk seisi keluarga. Ingat, cuti sekolah sepatutnya menjadi masa berkualiti bersama keluarga, bukan masa untuk berseronok tapi mengabaikan risiko keselamatan.

Comments
Post a Comment