Trend “matcha” yang tular dari Filipina kini bukan sekadar hiburan biasa, malah semakin menyimpang apabila disalahgunakan dengan kandungan tidak bermoral dan memalukan. Imej bahagian sensitif dirakam dan kemudian “dihijaukan” seperti minuman "matcha".
Di sebalik nama yang nampak ‘innocent’, wujud pihak yang sanggup menggadaikan maruah demi perhatian dan tontonan. Inilah realiti media sosial hari ini, bila viral lebih penting daripada harga diri.
Lebih membimbangkan, trend seperti ini perlahan-lahan menormalisasikan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila rasa malu hilang, batas halal dan haram mula kabur, dan akhirnya boleh menggugat akidah.
Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk.” (Surah Al-Isra’, 17:32). Walaupun sekadar trend, jika ia membuka ruang kepada perkara tidak bermoral, ia tetap membawa kesan buruk kepada hati dan iman.
Jangan jadi hamba FOMO. Tidak semua yang “trending” perlu diikut. Ukur dengan iman, bukan dengan "likes" dan "views". Jika sesuatu itu menjatuhkan maruah dan melanggar batas agama, tinggalkan tanpa ragu. Jaga diri, jaga iman, kerana sekali kita leka, kesannya bukan sekadar di dunia, tetapi juga di akhirat.
#matcha #trending #fomo #akidah #liberalisme #hukumislam

Comments
Post a Comment