Trend diet ekstrem semakin membimbangkan apabila seorang wanita berusia 31 tahun dilaporkan mengalami gangguan otak serius selepas hanya minum air selama 15 hari. Keputusan drastik itu menyebabkan berat badannya turun mendadak sekitar 20 kilogram, namun dia kini berdepan kesukaran berjalan serta kemerosotan daya ingatan yang ketara.
Lebih mengejutkan, pakar mengesahkan wanita tersebut mengalami ‘ensefalopati Wernicke’ iaitu kerosakan otak akibat kekurangan vitamin penting seperti vitamin B1. Keadaan ini boleh menyebabkan kekeliruan, gangguan keseimbangan, masalah pergerakan mata dan kehilangan memori. Malah, ada kemungkinan kesan tersebut tidak dapat pulih sepenuhnya, menunjukkan betapa seriusnya risiko diet melampau terhadap fungsi otak manusia.
Difahamkan, wanita itu mengamalkan diet “bigu”, iaitu amalan berpuasa ekstrem dalam Taoisme yang kononnya mampu membersihkan tubuh dan meningkatkan tenaga dalaman. Namun hakikatnya, tubuh manusia tetap memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Kes ini menjadi peringatan keras bahawa jalan pintas untuk kurus boleh membawa padah. Elakkan bereksperimen secara ekstrem semata-mata untuk kurus.
#Diet #Bigu #Taoisme #Kesihatan #Trend #FOMO

Comments
Post a Comment