Masyarakat juga perlu memahami bahawa keletihan dan tekanan akibat beban kerja berlebihan bukan sekadar soal “tak tahan kerja”. Pekerja yang sentiasa dibebani tugasan boleh mengalami keletihan fizikal dan mental, hilang motivasi serta merasakan usaha mereka tidak dihargai. Pada masa yang sama, majikan dan rakan sekerja perlu membina budaya kerja yang lebih adil dengan mengagihkan tugasan mengikut keperluan sebenar.
Kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja adalah tanggungjawab bersama. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 286: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Rajin bekerja memang satu nilai yang baik, tetapi jangan sampai kerajinan seseorang dijadikan alasan untuk terus menambah beban. Hargai pekerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan seimbang. Jangan jadikan lebih banyak kerja sebagai 'reward' pekerja yang rajin.
#PublicHealthMalaysia #Burnout #Kesihatan #Majikan

Comments
Post a Comment