Tindakan Macklemore yang digugurkan daripada baki jelajah Ed Sheeran Loop Tour tercetus selepas beberapa “venue” konsert dilaporkan enggan menerima kehadirannya kerana kenyataan dan persembahan beliau yang menyuarakan sokongan terhadap Palestin, termasuk seruan “Free Palestine” di pentas utama.
Macklemore sebelum ini menggunakan platform konsert berskala besar untuk menyampaikan mesej kemanusiaan berkaitan situasi di Gaza, termasuk melalui lagu protes dan visual kesedaran. Tindakan ini kemudian mencetuskan tekanan daripada pihak Pro-Israel yang menganggap ia terlalu “kontroversi”, sehingga membawa kepada keputusan penyingkiran beliau daripada jelajah tersebut.
Keberanian artis seperti Macklemore patut dikagumi. Walaupun bukan Muslim, beliau berani menggunakan platform besar dan lantang untuk menyuarakan keadilan, malah turut menghasilkan karya sendiri bertajuk "Hind’s Hall" sebagai tanda solidariti terhadap Palestin. Susulan kejadian menimpa Macklemore, semua artis "opening" turut menarik diri. Ini bukti bahawa isu kemanusiaan tidak terhad kepada agama, apa yang penting adalah keberanian berdiri di pihak yang benar.
Persoalannya, jika artis di Barat pun sanggup bersuara walau berisiko hilang kerjaya, hilang dunia artisnya, kita pula bagaimana? Jangan sekadar jadi penonton. Sebarkan kesedaran, didik diri dan orang sekeliling tentang realiti di Palestin.
#edsheeran #Macklemore #looptour2026 #HindsHall #PrayforGaza #FreePalestine

Comments
Post a Comment