Cadangan Enakmen Syariah baharu di Kelantan kembali mencetuskan polemik apabila seorang peguam memberi amaran bahawa ia berpotensi dicabar di mahkamah, seolah-olah bakal tercetusnya gelombang “Nik Elin 2.0”. Sebelum ini, beberapa peruntukan enakmen syariah negeri itu telah dibatalkan kerana melangkaui bidang kuasa yang ditetapkan Perlembagaan. Kini, enakmen baharu pula didakwa mengandungi beberapa peruntukan yang mungkin sekali lagi menjadi sasaran cabaran undang-undang.
Apa yang lebih membimbangkan ialah situasi ini membuka ruang kepada naratif liberal yang semakin agresif mencabar undang-undang berteraskan Islam melalui saluran mahkamah. Pendekatan mereka bukan serangan terbuka, tetapi menggunakan hujah perlembagaan dan teknikal undang-undang untuk menghakis bidang kuasa syariah secara berperingkat. Akhirnya, isu ini menjadi pertembungan ideologi antara usaha mempertahankan kedaulatan Islam dan tekanan liberalisasi dalam sistem negara.
Justeru itu, pihak berkuasa perlu lebih teliti dalam menggubal undang-undang syariah agar tidak mudah dipatahkan di mahkamah. Sebarang kelemahan teknikal akan dimanfaatkan untuk mencabar serta membentuk persepsi negatif terhadap undang-undang Islam. Jika tidak ditangani dengan bijak, tidak mustahil episod “Nik Elin 2.0” akan berulang dan memberi kesan lebih besar terhadap kedudukan institusi syariah di Malaysia.
#EnakmenSyariahKelantan #SenaraiDuaSenaraiNegeri #NikElin #Mahkmah Syariah

Comments
Post a Comment