Isu tular mendakwa Israel sudah menguasai 41% Koh Phangan mungkin belum disahkan angka tepatnya, namun perkembangan di Thailand jelas menunjukkan wujud gerakan penguasaan secara senyap melalui proksi. Siasatan pihak berkuasa Thailand mendedahkan ratusan syarikat disyaki menggunakan rakyat tempatan sebagai “nominee” untuk pegang tanah dan perniagaan bagi pihak warga asing, termasuk rangkaian yang dikaitkan dengan warga Israel. Ini bukan lagi sekadar pelancongan biasa, tetapi corak pengaruh yang dibina perlahan-lahan melalui ekonomi dan pemilikan aset.
Lebih membimbangkan, siasatan mendapati puluhan syarikat besar dengan aset bernilai tinggi sedang dipantau, termasuk hotel, resort dan tanah strategik di Koh Phangan dan Koh Samui . Taktik “masuk senyap, guna proksi, kuasai ekonomi” sebagaimana taktik Israel ini membuka ruang kepada pembentukan komuniti asing yang akhirnya mampu mempengaruhi kawasan tersebut. Walaupun tidak semua pelaburan itu salah, corak berulang ini menunjukkan bagaimana sesuatu kawasan boleh berubah tangan tanpa disedari rakyat tempatan.
Malaysia yang sejak awal tegas menolak Israel tidak boleh memandang ringan perkembangan di negara jiran. Thailand berkongsi sempadan dengan kita, apa sahaja perubahan pengaruh di sana boleh memberi kesan langsung kepada keselamatan serantau. Jika benar wujud taktik menguasai kawasan melalui jalan ekonomi dan proksi, Malaysia perlu bertindak awal dengan memperketat pemilikan hartanah, pemantauan pelaburan asing dan kawalan keselamatan. Jangan sampai kita hanya sedar bila tanah air sendiri mula tertakluk. Ketika itu, mungkin sudah terlambat untuk berpatah balik.
#Israel #KohPhangan #kohsamui #malaysiathailand

Comments
Post a Comment