JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI - BORNEO & SEMENANJUNG, KITA TETAP SATU MALAYSIA!

 


Tahu tak apa beza 31 Ogos dengan 16 September? Kalau 31 Ogos kita sambut merdeka, 16 September pula hari lahir negara kita! Tarikh keramat tahun 1963 inilah yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah satu nama besar iaitu MALAYSIA. Jadi, Hari Malaysia ini sebenarnya simbol "penyatuan" sebuah keluarga besar yang penuh dengan kepelbagaian warna-warni budaya dan adat resam.


Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung dan Kepulauan Borneo langsung bukan alasan untuk kita merasa jauh. Dari rasa masakan, loghat bahasa yang unik, sampailah ke tarian tradisi, semuanya saling melengkapi dan mencorakkan identiti kita. Tak kisah kita dari Selangor, Sarawak ataupun Sabah, setiap daripada kita adalah warganegara yang sama-sama memegang pasport bertaraf dunia yang bernama Malaysia.


Sempena Hari Malaysia kali ini, jom kita buang segala jurang dan semarakkan semula semangat perpaduan sesama kita. Hormat-menghormati dan sentiasa bertoleransi adalah kunci utama untuk pastikan negara kita kekal aman dan harmoni. Keep it up, guys! Jom kita bangga jadi anak Malaysia dan terus bersatu padu demi masa depan tanah air tercinta. Selamat Hari Malaysia! 


#HariMalaysia #BorneoSemenanjung #Kita1Malaysia #16September

Comments