Trend vape yang direka menyerupai marker atau pen bukan kebetulan, ia jelas dilihat sebagai strategi pemasaran yang lebih “mesra remaja”. Bentuknya yang kecil, moden dan mirip alat tulis menjadikannya mudah disembunyikan, sekali gus menyasarkan golongan remaja sekolah yang mudah terpengaruh dengan gaya dan identiti “cool”. Apa yang nampak seperti barang biasa sebenarnya satu bentuk normalisasi tabiat vape dalam kalangan remaja.
Lebih membimbangkan, remaja adalah kumpulan paling mudah terdedah kepada pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba. Bila vape sudah tidak lagi nampak seperti alat merokok, tetapi seperti marker atau pen, maka ia menjadi jalan mudah untuk dihisap secara curi-curi di sekolah tanpa disedari guru. Inilah yang menjadikan isu ini lebih serius kerana melibatkan remaja di bawah umur.
Justeru itu, semua pihak perlu lebih peka bahawa sasaran sebenar produk seperti ini ialah remaja, bukan orang dewasa. Pemantauan di sekolah, kesedaran awal tentang taktik penyamaran produk dan tindakan tegas terhadap penjualan kepada remaja perlu diperkukuh. Jangan biarkan sesuatu yang nampak seperti “marker” menjadi pintu masuk kepada ketagihan yang merosakkan masa depan generasi muda.
#vape #remaja #VapeMarker

Comments
Post a Comment