Baru-baru ini tular di media sosial satu video melibatkan seorang guru wanita yang melakukan aksi tidak senonoh kononnya “kentut” untuk hiburan. Perkara ini mengundang pelbagai reaksi kerana dilihat kurang sesuai dengan imej seorang pendidik yang sepatutnya menjaga adab dan penampilan di ruang awam, termasuk platform digital.
Sebagai seorang pendidik, peranan bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi juga menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Apa yang dikongsi, ditunjukkan dan dilakukan di media sosial akan mencerminkan keperibadian serta integriti profesion itu sendiri. Kadang-kadang niat sekadar hiburan, tetapi kesannya boleh memberi persepsi berbeza kepada murid yang sedang membentuk adab dan nilai.
Justeru itu, semua pihak khususnya golongan pendidik perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial. Kebebasan berkongsi bukan bermaksud mengabaikan batas adab dan profesionalisme. Jadikan platform digital sebagai ruang mendidik, memberi inspirasi dan membina imej yang baik kerana seorang pendidik sentiasa dilihat, walaupun di luar bilik darjah.
#cikguviral #SiSPA #KPM #adab

Comments
Post a Comment