Kes kehilangan remaja semakin kerap dilaporkan. Ia bukan sekadar angka, tapi petanda ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita. Tekanan emosi, pengaruh media sosial, konflik keluarga dan rakan sebaya antara faktor yang mendorong mereka mengambil keputusan drastik untuk “hilang” tanpa jejak. Dalam masa sama, tidak boleh dinafikan wujud risiko penglibatan pihak tidak bertanggungjawab termasuk sindiket yang mengambil kesempatan terhadap remaja yang rapuh.
Ibu bapa dan masyarakat tidak boleh lagi ambil ringan. Perubahan tingkah laku seperti murung, suka menyendiri atau terlalu obses dengan dunia maya perlu diberi perhatian awal. Komunikasi terbuka, pemantauan yang bijak dan sokongan emosi yang konsisten sangat penting bagi mengelakkan mereka terjerumus ke situasi berbahaya.
Kesedaran perlu digerakkan bersama. Lapor segera jika ada kehilangan, sebarkan maklumat dengan tepat dan bantu pihak berkuasa. Remaja bukan sekadar perlu dikawal, tetapi difahami dan dilindungi.
#remajahilang #sindiket #mentalhealth #keluarga #eksploitasi

Comments
Post a Comment