“RORO ROHINGYA” KIAN PARAH - RAKYAT MULA RASA TAK SELAMAT

 


Bila isu “Roro Rohingya” jadi viral di kawasan Kajang dan Hulu Langat, ia sebenarnya bukan sekadar label netizen, tapi lahir dari gabungan kebimbangan tentang penempatan, kawalan dan beberapa insiden jenayah yang berlaku di lapangan. Di Selangor sendiri, laporan menunjukkan ribuan etnik Rohingya dikesan menetap di kawasan seperti Kajang, Ampang, Cheras dan Selayang yang dilaporkan mewujudkan komuniti sendiri dan semakin membiakkan keturunannya.

Apa yang buat isu ini makin panas ialah bila beberapa kes jenayah membabitkan individu Rohingya turut dilaporkan dan menjadi perhatian umum. Contohnya, 300 individu Rohingya ditahan di Selangor (2025–Mei 2026) kerana pelbagai kesalahan jenayah termasuk samun, pergaduhan,
salah guna dokumen dan pendatang tanpa izin.

Namun realitinya, isu ini bukan sekadar soal satu dua kes, tetapi soal kawalan, penguatkuasaan dan pengurusan penempatan yang jika tidak ditangani dengan baik akan terus mencetuskan keresahan rakyat. Bila jenayah, pendatang tanpa izin dan isu sosial bercampur dalam satu kawasan, akhirnya yang terkesan adalah penduduk tempatan yang hanya mahukan satu perkara iaitu rasa selamat di tempat sendiri. Soalnya sekarang, sampai bila kita nak anggap ini semua sekadar “isu viral” tanpa penyelesaian yang lebih tegas?

#RoroRohingya #Roro #IsuRohingya #SaveMalaysiaFromRohingya


Comments