Hari ini, makin ramai yang melihat perbuatan meniru gaya, pakaian dan perwatakan yang bertentangan dengan fitrah serta identiti Islam sebagai perkara biasa. Dalam Islam, ia dikenali sebagai tasyabbuh. Apa yang dulu dianggap salah, kini dipuji dan dijadikan trend, sampai masyarakat hilang rasa sensitif terhadap batas agama.
Rasulullah SAW telah memberi amaran tegas dalam hal ini. Daripada Ibn ‘Abbas RA, Baginda SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki (Hadis Riwayat al-Bukhari). Larangan ini bukan sekadar pakaian semata-mata, ia termasuk perhiasan khusus serta meliputi percakapan dan cara berjalan. Ini menunjukkan tasyabbuh bukan perkara kecil, tetapi menyentuh keseluruhan identiti diri.
Jangan biarkan trend mengatasi prinsip. Apa yang nampak “biasa” hari ini boleh jadi punca kerosakan jati diri esok. Kita kena berani jaga batas, walaupun berbeza dengan arus semasa. Pegang nilai agama, didik diri dan keluarga supaya sentiasa utamakan syariat dari takut ketinggalan FOMO atau trend. Jangan sampai akhirnya kita hilang identiti, hilang akidah hanya kerana mahu nampak diterima masyarakat.
#tasyabbuh #jantina #FOMO #trend #akidah #fitrah

Comments
Post a Comment