Isu tular melibatkan sebuah pementasan teater kembali mengundang perhatian ramai apabila ia didakwa menyentuh sensitiviti asas negara iaitu Rukun Negara. Lebih mencetuskan perdebatan apabila dalam kandungan tersebut digunakan frasa “Inilah Malaysia” dalam konteks yang disampaikan secara sinis, seolah-olah mempermainkan identiti, perpaduan dan nilai bersama yang menjadi tunjang negara sejak merdeka.
Antara dialognya:
"Kepercayaan kepada Tuhan, kalau tidak musnah la kau, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, hanya pada majlis rasmi sahaja, Keluhuran Perlembagaan, #prayforNajib..."
Walaupun pementasan itu dikatakan berlaku beberapa tahun lalu, ia kembali diangkat dan dikongsikan semula bersempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini. Tindakan “menghidupkan semula” klip seperti ini menimbulkan persoalan besar, adakah provokasi sengaja dimainkan untuk mencetuskan reaksi dan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini?
Apa pun niat di sebaliknya, rakyat Malaysia perlu lebih matang dalam menilai kandungan yang ditonton dan disebarkan. Rukun Negara bukan bahan jenaka atau alat sindiran, tetapi asas pembentukan jati diri dan perpaduan nasional. Jangan kerana ingin “viral”, kita sanggup menggadaikan sensitiviti dan keharmonian yang telah lama terbina. "This is Malaysia" yang perlu dihormati, bukan dipersendakan.
#ThisisMalaysia #RukunNegara #teater #TheFeverKinetic #TheFeverLab

Comments
Post a Comment