Menurut penjelasan pihak berautoriti agama, apabila yoga disertakan dengan mantra, pemujaan, konsep tenaga metafizik serta amalan spiritual agama lain, ia bukan lagi sekadar aktiviti fizikal. Dalam konteks ini, ia boleh memberi implikasi terhadap akidah umat Islam dan tidak wajar dinormalisasikan sebagai 'senaman universal' tanpa sempadan.
Lebih membimbangkan, program di Shiva Yoga Peeth, Rishikesh, India bagi tahun 2026 dilaporkan merangkumi Yoga Sutras, Bhagavad Gita, “Om chanting”, meditasi cakra, mantra Gayatri serta lawatan ke kuil dan ritual Ganga Aarti di Sunggai Ganga. Program ini jelas menunjukkan ia bukan sekadar latihan kecergasan, tetapi sarat dengan unsur kepercayaan dan amalan keagamaan Hindu. Justeru itu, umat Islam disaran lebih berhati-hati, tidak mudah terpengaruh dengan naratif “semua boleh buat yoga” tanpa memahami batas syarak dan implikasi terhadap akidah.
#yoga #ShivaYogaPeeth #Rishikesh #India #RitualAgama #Akidah #Hindu #mantra
Comments
Post a Comment