Isu amalan di Kampung Ubai, Pahang yang didapati bercanggah dengan syarak bukan sekadar soal adat, tetapi menyentuh asas akidah, syariah dan akhlak umat Islam. Hasil kajian pihak berkuasa agama negeri mendapati terdapat beberapa amalan yang menyimpang seperti:
i. Menyembelih ayam sebelum jenazah di bawa ke kubur;
ii. Doa menyampaikan roh haiwan kepada jenazah;
iii. Mencagar cincin untuk menolak bala;
iv. Mencampakkan wang syiling ketika pengkebumian dan menyusup di bawah keranda;
v. Memaksa keluarga si mati mengadakan kenduri arwah pada hari tertentu;
vi. Kutipan yang dinamakan zakat kenderaan;
vii. Menggabungkan qada solat Subuh dengan solat sunat hari raya dan solat hajat.
Semua ini menunjukkan wujud unsur kepercayaan karut dan ritual yang tidak bersandarkan dalil sahih dalam Islam. Lebih membimbangkan, ideologi di sebalik amalan ini jelas bercampur dengan unsur khurafat dan bidaah, termasuk kepercayaan bahawa sesuatu ritual boleh menolak bala, memberi manfaat kepada roh si mati atau membawa keberkatan tertentu tanpa asas syarak. Hal ini jelas menunjukkan penyimpangan dari prinsip Islam yang sebenar, apabila agama dicampur aduk dengan adat dan kepercayaan tanpa panduan wahyu.
Allah SWT telah memberi peringatan jelas dalam Al-Quran: “Dan bahawa inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain kerana ia mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya…” (Surah Al-An’am: 153). Isu ini menjadi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan sunnah, serta tidak mudah menerima amalan turun-temurun tanpa ilmu. Kesedaran perlu diperkukuh supaya masyarakat tidak terjebak dalam ajaran yang menyimpang kerana setiap amalan dalam agama mesti berlandaskan dalil, bukan sekadar kepercayaan atau adat semata-mata.
#KampungUbai #pekanpahang #ajaransesat #JabatanAgamaIslamPahang

Comments
Post a Comment