Azerbaijan mencetuskan kontroversi apabila tular di media sosial pelajar dan guru Islam bertudung dihalau dan dihalang memasuki sekolah. Hal ini berikutan Pindaan Peraturan Pakaian Seragam pada 21 September 2026 melarang pemakaian yang dianggap bercanggah dengan prinsip pendidikan sekular.
Azerbaijan negara Islam ke?
Azerbaijan dahulu dijajah oleh Rusia melalui sistem Soviet sebelum memperoleh semula kemerdekaan pada tahun 1991. Semenjak itu, kerajaan Azerbaijan memupuk nilai-nilai sekularisme berasaskan Turkiye meskipun rakyatnya sekitar 96% adalah Muslim.
Presidennya, Ilham Aliyev seorang diktator berpaksi tegar pada sekularisme menentang keras sebarang arus Islamisme sehingga Azerbaijan dianggap sebagai negara paling sekular dalam dunia Islam. Beliau juga adalah seorang penganut SYIAH. Setakat ini secara umumnya masih ramai keliru Syiah sebagai salah satu mazhab dalam Islam, namun realitinya tidak kerana ideologinya jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Statistik yang mengatakan 96% Muslim adalah salah kerana Sunni sahaja yang dianggap sebagai Muslim iaitu hanya 35%, selebihnya 65% adalah penganut Syiah. Maka tidak hairanlah isu ini boleh timbul.
Mengapa tidak boleh pakai tudung ke sekolah?
Sebenarnya pemakaian tudung tidak diharamkan di Azerbaijan. Tetapi pada ketika hendak menggunakan kemudahan-kemudahan kerajaan seperti sekolah, pemakaian tudung itu dikira melanggar "prinsip sekularisme" sebagaimana yang diselaraskan di bawah pindaan baharu undang-undang Description of Uniforms for Students of State General Education Institutes. Larangan ini bukan sekadar terhad pada pelajar sahaja, malah guru-guru yang memakai tudung turut terpakai pada undang-undang tersebut.
Apa pengajaran pada Malaysia?
Isu di Azerbaijan mengingatkan kita bahawa majoriti Muslim belum tentu menjamin tuntutan Islam akan terpelihara. Sebab itu pentingnya untuk memilih pemimpin yang tepat dan berpegang kepada ajaran Islam berpaksikan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana keputusannya menentukan dasar-dasar di dalam sesebuah negara seperti dasar sekolah, pekerjaan dan ruang rakyat mengamalkan agama. Maka bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
#azerbaijan #malaysia #IlhamAliyev #syiah

Comments
Post a Comment