Dulu bukan main lagi kita. Bila Palestin diserang Israel, “timeline” penuh dengan kemarahan, boikot sana sini, janji nak istiqamah. Tapi sekarang? Senyap. Kedai yang dulu kita elak, hari ini kita sendiri yang masuk. Produk yang dulu kita boikot, sekarang dah jadi biasa balik. Di Palestin, darah masih tumpah, masih derita akibat laknatullah. Di sini, kita pula yang ‘move on’ dulu. Cepat sangat lupa atau memang sengaja lupa?
Dalam kempen boikot global, beberapa jenama besar sering disebut oleh aktivis dan NGO kerana didakwa ada kaitan tertentu dengan Israel, sama ada melalui pelaburan, operasi atau hubungan perniagaan. Nama seperti McDonald’s, KFC, Coca-Cola, Pepsi, Nestlé dan Starbucks antara yang produk tersenarai sebagai penyumbang kepada peluru-peluru yang menumpahkan darah umat Islam di Palestin. Memang benar, tidak semua dakwaan disahkan secara rasmi terutamanya melibatkan syarikat di Malaysia, tapi kalua sudah ada keraguan, kenapa kita masih membeli? Setiap ringgit yang kita belanjakan itu bukan sekadar beli makanan atau minuman, itu tanda siapa yang kita sokong.
Boikot bukan trend bermusim. Ia tentang prinsip dan konsistensi. Kalau kita benar peduli Palestin, jangan biar semangat itu mati perlahan-lahan. Jangan sampai kita sendiri jadi contoh “hangat-hangat tahi ayam”, lantang sekejap, lepas tu hilang tanpa arah, kembali semula mengiyakan kata-kata Netanyahu yang menyamakan individu boikot produknya seperti “anjing yang kembali kepada tuannya”. Rakyat Malaysia pernah buktikan kita ada pendirian, pernah bersolidariti bersama Palestin sehingga jatuh tersungkur produk-produk yang menyokong Israel. Jadi hari ini, jangan dilupakan tindakan itu. Pilihan di tangan kita, terus hanyut atau kembali sedar. BANGUN!
#PalestineSolidarity #boycotting #Israel #mcdonalds #starbucks

Comments
Post a Comment