Pembakaran hutan secara sengaja untuk membuka tanah pertanian, perladangan dan kawasan perlombongan bukan isu kecil, bahkan telah mencetuskan krisis jerebu serantau. Kaedah pembakaran terbuka mungkin menjimatkan kos pembersihan tanah, tetapi apabila api merebak tanpa kawalan, kesannya bukan lagi ditanggung oleh pihak yang membakar sahaja. Hutan musnah, hidupan liar hilang habitat, malah asap tebal turut merentasi sempadan hingga menjejaskan Malaysia.
Inilah Indonesia yang tidak bertanggungjawab. Demi menjimatkan kos dan mengejar keuntungan, alam sekitar dikorbankan, kesihatan rakyat dipertaruhkan dan negara jiran turut menjadi mangsa!
Mengapa kebakaran di Kalimantan begitu sukar dipadamkan?
- El Nino dan cuaca kering
Mengurangkan kelembapan tanah serta meningkatkan risiko api merebak. Fenomena ini bukan punca tunggal kebakaran, tetapi menjadi faktor yang memburukkan keadaan.
- Tanah gambut
Lapisan bahan organik yang tebal boleh terbakar di bawah permukaan tanah. Api mungkin terus membara walaupun kebakaran di permukaan kelihatan sudah dipadamkan.
- Angin dan asap rentas sempadan
Asap tebal daripada kebakaran boleh dibawa angin merentasi kawasan yang luas hingga mencemarkan udara di negara-negara jiran.
Apa yang rakyat Malaysia terpaksa tanggung?
- Jerebu tebal dan kualiti udara merosot.
- Mata pedih, tekak terasa kering, batuk dan kesukaran bernafas.
- Risiko masalah pernafasan serta penyakit kardiovaskular akibat pendedahan kepada zarah halus.
- Sekolah terpaksa ditutup apabila keadaan udara membahayakan kesihatan.
- Jarak penglihatan berkurangan sehingga meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
INDONESIA, JANGAN LEPAS TANGAN! Kerajaan Indonesia mesti mengambil tindakan segera dan perlu bertanggungjawab dalam menangani krisis ini. Bahkan Malaysia telah menghulurkan tangan memadamkan kebakaran, tetapi entah kenapa tidak diendah. Cukup-cukuplah berhalusinasi mengatakan Indonesia memberi oksigen kepada Malaysia melalui hutan-hutan mereka. Bersikaplah professional menangani krisis, tanggungjawab pulihkan udara demi kesejahteraan serumpun.

Comments
Post a Comment