Isu tular melibatkan seorang individu dipercayai warga Indonesia yang menyunting gambar menghina Yang di-Pertuan Agong benar-benar mencetuskan kemarahan rakyat. Apa yang lebih mengecewakan, tindakan biadab ini berlaku dalam suasana selepas perlawanan bola, seolah-olah kemenangan dijadikan lesen untuk melampaui batas. Dari sekadar sorakan di padang, ia berubah menjadi penghinaan terhadap simbol kedaulatan negara, satu perbuatan yang jelas tidak boleh diterima.
Inilah akibat bila fanatik bola tidak terkawal. Semangat kesukanan yang sepatutnya menjunjung hormat dan disiplin bertukar menjadi medan provokasi murahan. Walau menang, tetapi bila sanggup menghina institusi diraja, itu bukan lagi soal sukan, itu tanda hilangnya adab dan maruah. Lebih parah, tindakan seperti ini bukan sahaja mencerminkan kebiadaban individu, malah memberi imej buruk kepada keseluruhan komuniti jika tidak ditegur dan dihentikan.
Jika dibiarkan, perkara seperti ini mampu mencetuskan ketegangan lebih besar antara masyarakat serantau, malah berpotensi mengganggu keharmonian yang telah lama terbina. Dalam era media sosial, satu tindakan bodoh boleh menyemarakkan api kemarahan ramai. Tegasnya, bola bukan alasan untuk hilang kewarasan. Menang di padang tidak bermakna apa-apa jika maruah dan hormat sudah jatuh ke tanah.
Jadi, Malaysia usah diam. Laporkan akaun yang terlibat, bukan membalas dengan kata-kata nista kerana kita menjunjung adab, memelihara kesopanan dan kesusilaan. Itulah panji HARIMAU MALAYA.
#YDPA #Hina #indonesia #sukan #garuda #harimaumalaya

Comments
Post a Comment