Apabila seseorang mengumumkan di media sosial bahawa dirinya telah keluar daripada Islam, walaupun kad pengenalannya masih mencatatkan Islam, kenyataan itu wajar diberi perhatian serius oleh umat Islam. Ini bukan hal yang boleh dibuat gurau, tetapi provokasi terhadap soal akidah di tempat umum boleh mencetuskan huru-hara.
Lebih membimbangkan, kemunculan seorang individu dengan pengakuan sebegini telah mendorong individu lain yang mendakwa telah meninggalkan Islam untuk turut tampil berkongsi pengalaman mereka. Inilah yang sedang berlaku di threads kini.
Pengakuan sebegini dikhuatiri membentuk tanggapan bahawa meninggalkan agama ialah perkara biasa, malah menjadi trend yang diikuti. Walaupun jumlah sebenar belum dapat dipastikan, tapi inilah realiti sebenar akidah umat Islam yang semakin tenat.
Justeru itu, umat Islam perlu berwaspada, ambil cakna, kukuhkan iman dengan ilmu dan dapatkan penjelasan daripada guru agama yang berkelayakan apabila timbul keraguan. Keluarga serta masyarakat pula perlu mendampingi mereka yang memerlukan bimbingan dengan hikmah tanpa penghinaan atau ancaman. Jangan biarkan perkara yang kerap muncul di skrin akhirnya dianggap biasa dan wajar ditiru lebih-lebih lagi yang menyentuh soal akidah.
#murtad #agama #keluar Islam #akidah

Comments
Post a Comment