Keinginan hidup mewah, memiliki barangan berjenama dan tampil bergaya tidak seharusnya mendorong pelajar IPT menjadi “sugar baby” kepada “sugar daddy”. Sanggup menggadaikan maruah dan prinsip diri demi wang serta hadiah ialah pilihan yang membawa risiko. Jangan sampai mengejar kemewahan sementara, agama, keselamatan dan masa depan pula menjadi taruhan.
Khususnya buat pelajar Islam, peliharalah akidah, jagalah maruah dan patuhilah batas pergaulan yang ditetapkan agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina” — petikan Surah al-Isra’, ayat 32. Peringatan ini perlu menjadi benteng daripada hubungan yang membuka jalan kepada maksiat. Jangan kerana habuan dunia, batas halal dan haram diketepikan.
Janji elaun dan hadiah mahal boleh bertukar menjadi alat kawalan, paksaan serta ugutan. Jika menghadapi kesempitan kewangan, dapatkan bantuan pihak IPT, pusat zakat atau keluarga. Bagi yang sudah terlanjur atau terperangkap, jangan berputus asa untuk bertaubat dan mendapatkan pertolongan. Biar hidup sederhana, asalkan akidah terpelihara, maruah terjaga dan rezeki dicari melalui jalan yang halal.
#sugarbaby #sugardaddy #sosial #ipts #StudentLife
Comments
Post a Comment